Isnin, 24 Ogos 2015

Pentingnya Air Dalam Badan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Selamat Pagi... Harap-harap pagi Isnin ni xde la yang terkena mood Monday Blues yer.. hehe...



Ok.. dah.. Ari ni rasa nak bercerita pasal Mengapa Pentingnya Air Yang Cukup Dalam Badan kita... Ramai yang dah tau rasanya bab ni.. Tapi ada sesetengah orang anggap remeh jer benda macam ni.. Sebenarnya hal ni penting tau.. Jangan anggap remeh..

Sebenarnya air merupakan komponen yang sangat penting dalam tubuh badan kita... 70% daripada badan kita merupakan kandungan air... Air digunakan di semua organ badan dalam membantu mengawal suhu badan. Ia juga bertindak mengawal kelembapan kulit serta membantu melancarkan perjalanan darah dalam badan kita

Tubuh kita menggunakan sekurang-kurangnya 1.7 liter air sehari dalam proses pernafasan dan perkumuhan.. Bayangkan jika kita hanya minum seliter atau kurang air dalam sehari.. bermakna badan kita tidak mempunyai air yang cukup dan pastinya ada kesan sampingan yang tidak baik untuk kesihatan kita..

Antara 9 kesan sampingan yang bakal dihadapi jika badan tidak cukup air adalah:-

Mengikut saranan pakar, kita perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter sehari.. 2 liter air yang dimaksudkan adalah air putih.. iaitu air yang tidak mengandungi gula.. sekiranya ada seorang yang aktif, kuat bersenam dan mengambil supplement tambahan, anda memerlukan lebih dari 2 liter air.. mengikut keperluan badan anda.. 
Kajian Sains mendapati cara pengambilan air putih yang betul dapat membantu proses pengaktifan organ dalaman serta menghindarkan dari penyakit seperti strok dan serangan jantung..

Jadi, sekiranya anda seorang yang aktif serta mengamalkan pengambilan supplement.. adalah sangat-sangat dinasihatkan mengambil atau meminum air putih lebih dari biasa supaya badan anda mempunyai air yang cukup dalam badan.. Tapi awas ya jangan sampai mengambil air putih secara berlebihan pulak.. Air yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan tau.. Jom jadikan meminum air kosong sebagai amalan harian kita.. :-) 

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui:-
Whatsapp: 01133542186
Facebook: Natrah Arshad
Email: natrah131@gmail.com
SID: 1075486

Tiada ulasan:

Catat Ulasan