Jumaat, 11 Julai 2014

Khasiat Daun Pegaga

Khasiat Dan Kebaikan Daun Pegaga

Assalammualaikum semua... Morning!!! He he.. Tibe2 awal pagi ni dapat idea nak update pasal daun pegaga lak.. Rasanya semua orang tau daun pegaga tu cemane kan? Haa.. Yang mane asal Dari kampung tu xyah nak Buat pelik x kenal daun pegaga lak erk.. Ku cubit2 nanti.. He he
Sebenarnya daun pegaga ni banyak kegunaan dan khasiatnya.. Cuma kita je yang xtau.. Yang kita tau buat ulam je kan? Hehe.. Kalau tanya kat mak2 kita.. Macam2 dia bagitau kita apa kegunaan daun pegaga ni... Betul x?
Nama saintifik daun pegaga ni adalah Hydrocotyke Asiatics Linn daripada Famili Umbiliferae.. Tumbuhan herbs ini mempunyai nilai perubatan tradisi yang tinggi...


Kegunaan daun pegaga

Antara kegunaan daun pegaga yang perlu kita tau adalah seperti berikut..

- Serikan Wajah
  Ambil secekak daun pegaga,rebus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu.. Tapis Dan sejukkan.. Amalkan minum sehari sekali selepas makan malam selama 3 minggu.. Anda akan dapati wajah anda lebih segar dan berseri.

- Kecutkan Peranakan
  Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan cara dibuat ulam atau digulai.elok diamalkan setiap hari sehingga pernakan kecut..
 
- Menghilangkan bintik-bintik hitam di muka
  Tumbuk halus daun pegaga krmudian campurkan dengan bedak sejuk sangat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.. Caranya adalah dengan mengambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan garam kemudian ditumbuk halus Dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan pemakaian bedak ini setiap malam Dan cucilah keesokan hari.. Ulang petua ini sehingga hilang bintik-bintik hitam di muka.
 
-Mengubati sakit kepala
  Rebus daun pegaga dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah.. Kemudian makan daun pegaga tersebut dengan kacang hijau dan air rebusan pula haruslah diminum.
- Mengatasi masalah sengal-sengal badan
  Rebus daun pegaga dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus dan air rebusan tersebut diminum setelah dicampurkan dengan sedikit gula.

- Atasi sakit sengal-sengal badan
  Daun pegaga direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, adaun pegaga direbus dan dicampurkan sedikit gula sebelum diminum.

- Mengubati penyakit demam kepialu
  Tumbuk daun pegaga sehingga lumat dan sapukan pada dahi..


Banyak kan khasiat daun pegaga ni? Jangan ingat boleh buat ulam je tau.. Ok semua.. Selamat mencuba yer..
Nak beli supplement Shaklee dengan Saya? Boleh kol atau whatsapp terus saya..





Natrah Arshad
SID: 1075486
Tel/Whatsapp: 01133542186
Facebook: Natrah Arshad




Tiada ulasan:

Catat Ulasan