Khamis, 3 September 2015

Berdarah Selepas Bersama Suami

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak berkongsi artikel bertajuk "Berdarah Selepas Bersama Suami". Mungkin ramai yang anggap perkara ni remeh tapi sebenarnya ia perlu dipandang serius. Ini kerana ia merupakan tanda-tanda yang seseorang itu mengalami masalah di bahagian rahim. Ada kemungkinan juga ia merupakan tanda-tanda awal kepada penyakit yang lebih serus.


Apa yang perlu anda lakukan jika terjadi perkara ini pada diri anda? Anda perlu segera merujuk kepada doktor. Sebaik-baiknya terus berjumpa dengan pakar sakit puan. Kerana menurut pakar sakit puan, jika seorang pesakit datang mengadu bahawa ada keluar darah selepas bersetubuh, doktor akan menganggap ianya sebagai kes kecemasan dan ia munhkin simptom kanser pangkal rahim. Antara prosedur yang akan dilakukan adalah membuat pemeriksaan papsmear ke atas pesakit untuk memeriksa faraj serta keadaan sel-sel pada pintu rahim.

Dan sekiranya terdapat kelainan pada hasil pemeriksaan pada pintu rahim, doktor akan membuat pemeriksaan berkala dan kemungkinan biopsi akan dilakukan.

Namun bukan semua spot darah yang keluar selepas bersetubuh adalah tanda-tanda awal kanser pangkal rahim. Terdapat juga faktor-faktor lain seperti:-
♥jangkitan kuman
♥trauma akibat kekeringan vagina
♥perubahan hormon
♥hakisan pada pintu rahim
♥menopous

Walaubagaimanapun pesakit digalakkan mengambil langkah awal dengan melakukan pemeriksaan doktor untuk mengelakkan dari terkena penyakit yang lebih teruk. Sekian, jumpa lagi di artikel yang akan datang.. :-)

Fb: natrah arshad
Whatsapp: 01133542186
Email: natrah131@gmail.com
sid: 1075486




Tiada ulasan:

Catat Ulasan